Pages

Isnin, 7 Jun 2010

hari ini

banyak peristiwa yang berlaku pada hari ini...ooooo...sangat menggembirakan bagi seluruh pelajar mumtaz......malaslah nak komen banyak sangat....letih sangat...miow..miow...

Khamis, 18 Februari 2010

KLINIK 1 MALAYSIA


Nuffnang Ads




Pembukaan Klinik 1 Malaysia - Pandangan saya

Dari satu sudut, pembukaan klinik 1Malaysia boleh membantu mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan dan hospital dan mengurangkan tempoh menunggu 30 minit untuk menerima rawatan yang amat sukar dicapai. Ia juga adalah klinik RM 1 (boleh dikatakan percuma) untuk merawat penyakit ringan seperti demam, selsema dan batuk.

Ia boleh membantu para pesakit yang tidak mampu mendapat rawatan dengan murah. Bagi masyarakat golongan marhaen ini, ini adalah satu kewajaran dan memberi gambaran yang sangat baik kepada pihak kerajaan.

Dari sudut yang berbeza, MMA berpendapat tidak wajar membuka klinik yang substandard di bandar-bandar yang beroperasi tanpa kawalan doktor. Sebelum ini, klinik swasta yang beroperasi di bawah kawalan MA ditangkap dan didenda tetapi sekarang KKM pula yang melaksanakannya.

Persoalannya bolehkah klinik swasta menggunakan khidmat MA atau jururawat untuk menjalankan klinik mereka kerana banyak klinik swasta juga memberi rawatan cough and cold. Ini boleh merumitkan penguatkuasaan kerana ada precedent dari pihak KKM sendiri.

Persaingan di antara klinik juga menjadi faktor utama MMA bersuara. Terdapat banyak klinik swasta berdekatan di antara satu sama lain. Walaupun caj klinik swasta semakin hari tidak juga semakin murah, namun banyak klinik terpaksa gulung tikar dan tidak dapat meneruskan bisnes. Ramai doktor terpaksa menyertai klinik swasta yang lebih kuat kedudukan kewangannya kerana tidak mampu menjalankan bisnes mereka. Dan banyak klinik memang mengharapkan pesakit cough and cold ini untuk meneruskan kelestarian bisnes mereka.

Saya percaya klinik 1Malaysia juga akan ramai dilimpahi warga Indonesia kerana mereka sekarang ini yang memenuhi hospital kerajaan kita kerana mereka tidak kisah dengan ubat yang murah dan terpaksa menunggu lama.

Saya melihat bahawa perlaksanaan klinik 1Malaysia ini perlu dinaikkan tarafnya sebagai klinik kesihatan dengan doktor dengan mengekalkan bayaran RM 1. Ini kerana meletakkan MA dan Jururawat sebagai operator akan merendahkan standard klinik KKM dan menyebabkan persaingan tidak sihat kepada klinik swasta.

Perlaksanaannya juga perlu dibincangkan dengan pelbagai pihak dan tidak perlu tergesa-gesa kerana impak kewangan yang terpaksa digalas oleh kerajaan dan mengurangkan pembaziran akibat redundancy akibat persaingan tidak sihat. Perancangan tidak sempurna akan menyebabkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak dan menggendalakan perancangan KKM sendiri untuk membangunkan prasarana pembangunan kesihatan kepada rakyat Malaysia menjelang 2020.

Sabtu, 13 Februari 2010

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN LAGU MALAYSIA


27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi, Dan kebudayaan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Logo dan Lagu Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir pada majlis ini ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua-Ketua Setiausaha serta kenamaan lain.

Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah 1 wawasan kerajaan bagi mengukuhkan hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Seramai 11,500 orang masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama telah membanjiri Dataran Merdeka seawal jam 6 pagi bagi menyaksikan acara perasmian tersebut. Majlis ini turut diserikan dengan acara Senam Seni Malaysia.

Jumaat, 12 Februari 2010

LOGO SATU MALAYSIA


Logo Satu Malaysia dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada 27 Jun lalu bertempat di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.Memaparkan nombor satu yang dilengkapi dengan bendera Malaysia dan perkataan Malaysia.

Logo 1 Malaysia melambangkan visi negara untuk mewujudkan satu masyarakat yang bersatu dan mempunyai semangat cinta akan negara berpandukan kepada Pelembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Mencerminkan rakyat Malaysia yang saling bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir, dan menghayati satu visi untuk membina sebuah negara bangsa .
SUMBER MAJALAH:Masyarakat

Rabu, 10 Februari 2010

SATU MALAYSIA SATU HARAPAN

Satu Malaysia Kesinambungan Aspirasi Negara

Satu Malaysia umpama satu impian, satu hati, dan satu haluan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju dan aman.
Satu Malaysia ;Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,"diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang keenam iaitu Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada 3 April yang lalu, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Gagasan Satu Malaysia bukanlah formula baharu kerana menurut Najib, satu Malaysia merupakan kesinambungan gagasan utama perdana menteri terdahulu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.Barisan kepimpinan inilah yang memandu hala tuju Malaysia selama 52 tahun negara ini merdeka.
Menurut perdana menteri , satu malaysia merupakan gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan menerapkan lapan nilai tersebut ialah ketekunan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah diri, kesetiaan, dan budaya cemerlang.
Satu Malaysia tidak terpisah daripada dasar kerajaan pemimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya pelengkap kepada dasar yang sedia ada untuk menjamin kestabilan ke arah mencapai pembangunan negara.
" Satu Malaysia merupakan formula yang menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai," ujar Najib di Dewan Rakyat pada 15 Jun lalu.

Sabtu, 6 Februari 2010