Pages

Rabu, 10 Februari 2010

SATU MALAYSIA SATU HARAPAN

Satu Malaysia Kesinambungan Aspirasi Negara

Satu Malaysia umpama satu impian, satu hati, dan satu haluan untuk mewujudkan sebuah negara yang maju dan aman.
Satu Malaysia ;Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan,"diperkenalkan oleh Perdana Menteri yang keenam iaitu Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada 3 April yang lalu, selepas mengambil alih tampuk pemerintahan negara.
Gagasan Satu Malaysia bukanlah formula baharu kerana menurut Najib, satu Malaysia merupakan kesinambungan gagasan utama perdana menteri terdahulu Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.Barisan kepimpinan inilah yang memandu hala tuju Malaysia selama 52 tahun negara ini merdeka.
Menurut perdana menteri , satu malaysia merupakan gagasan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan menerapkan lapan nilai tersebut ialah ketekunan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah diri, kesetiaan, dan budaya cemerlang.
Satu Malaysia tidak terpisah daripada dasar kerajaan pemimpinan Barisan Nasional (BN), sebaliknya pelengkap kepada dasar yang sedia ada untuk menjamin kestabilan ke arah mencapai pembangunan negara.
" Satu Malaysia merupakan formula yang menjadi prasyarat untuk memastikan aspirasi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai," ujar Najib di Dewan Rakyat pada 15 Jun lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan