Pages

Khamis, 18 Februari 2010

KLINIK 1 MALAYSIA


Nuffnang Ads




Pembukaan Klinik 1 Malaysia - Pandangan saya

Dari satu sudut, pembukaan klinik 1Malaysia boleh membantu mengurangkan kesesakan di klinik-klinik kesihatan dan hospital dan mengurangkan tempoh menunggu 30 minit untuk menerima rawatan yang amat sukar dicapai. Ia juga adalah klinik RM 1 (boleh dikatakan percuma) untuk merawat penyakit ringan seperti demam, selsema dan batuk.

Ia boleh membantu para pesakit yang tidak mampu mendapat rawatan dengan murah. Bagi masyarakat golongan marhaen ini, ini adalah satu kewajaran dan memberi gambaran yang sangat baik kepada pihak kerajaan.

Dari sudut yang berbeza, MMA berpendapat tidak wajar membuka klinik yang substandard di bandar-bandar yang beroperasi tanpa kawalan doktor. Sebelum ini, klinik swasta yang beroperasi di bawah kawalan MA ditangkap dan didenda tetapi sekarang KKM pula yang melaksanakannya.

Persoalannya bolehkah klinik swasta menggunakan khidmat MA atau jururawat untuk menjalankan klinik mereka kerana banyak klinik swasta juga memberi rawatan cough and cold. Ini boleh merumitkan penguatkuasaan kerana ada precedent dari pihak KKM sendiri.

Persaingan di antara klinik juga menjadi faktor utama MMA bersuara. Terdapat banyak klinik swasta berdekatan di antara satu sama lain. Walaupun caj klinik swasta semakin hari tidak juga semakin murah, namun banyak klinik terpaksa gulung tikar dan tidak dapat meneruskan bisnes. Ramai doktor terpaksa menyertai klinik swasta yang lebih kuat kedudukan kewangannya kerana tidak mampu menjalankan bisnes mereka. Dan banyak klinik memang mengharapkan pesakit cough and cold ini untuk meneruskan kelestarian bisnes mereka.

Saya percaya klinik 1Malaysia juga akan ramai dilimpahi warga Indonesia kerana mereka sekarang ini yang memenuhi hospital kerajaan kita kerana mereka tidak kisah dengan ubat yang murah dan terpaksa menunggu lama.

Saya melihat bahawa perlaksanaan klinik 1Malaysia ini perlu dinaikkan tarafnya sebagai klinik kesihatan dengan doktor dengan mengekalkan bayaran RM 1. Ini kerana meletakkan MA dan Jururawat sebagai operator akan merendahkan standard klinik KKM dan menyebabkan persaingan tidak sihat kepada klinik swasta.

Perlaksanaannya juga perlu dibincangkan dengan pelbagai pihak dan tidak perlu tergesa-gesa kerana impak kewangan yang terpaksa digalas oleh kerajaan dan mengurangkan pembaziran akibat redundancy akibat persaingan tidak sihat. Perancangan tidak sempurna akan menyebabkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak dan menggendalakan perancangan KKM sendiri untuk membangunkan prasarana pembangunan kesihatan kepada rakyat Malaysia menjelang 2020.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan