Pages

Sabtu, 13 Februari 2010

MAJLIS PELANCARAN LOGO DAN LAGU MALAYSIA


27 Jun - Kementerian Penerangan, Komunikasi, Dan kebudayaan telah menganjurkan Majlis Pelancaran Logo dan Lagu Malaysia di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir pada majlis ini ialah YAB Timbalan Perdana Menteri, Menteri Dan Timbalan Menteri Kabinet, Ketua-Ketua Setiausaha serta kenamaan lain.

Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah 1 wawasan kerajaan bagi mengukuhkan hubungan dan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Seramai 11,500 orang masyarakat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama telah membanjiri Dataran Merdeka seawal jam 6 pagi bagi menyaksikan acara perasmian tersebut. Majlis ini turut diserikan dengan acara Senam Seni Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan